Assalamualaikum warahmatullah. :)
Keif hal? InsyaAllah kullu kheir. Sebab Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita kan? :)
Ok. I wonder.
1-Kenapa sekarang semua orang nak anak dia jadi penyanyi?
Hadoi. b-(
Bukan semua orang boleh menyanyi, dan bukan semua orang boleh menjerit sedap telinga dengar.
Kenapa...? Kenapa... sampai nak berhenti jaga lembu dan bertukar profesion kepada penyanyi? Nak duit banyak? Tapi... tahu tak maintenance seorang 'artis' tu berapa banyak nak banding dengan duit yang dapat tu.
Lepas tu, bila anak, saudara mara jadi artis banggalah di situ sini. Alahai hati... jaga-jaga dengan riyak tu. Hmmm.... :(
2-Kenapa kesedaran sivik (walaupun nama sebenarnya ISLAM, sebab Islam tu the way of life) masyarakat kat Malaysia ni makin berkurang? :(
Haila... buang sampah merata. Dalam masjid pulak tu. Dan dalam tandas masjid... anda buang benda yang tak sepatutnya? Tak apalah, kira saya husnudzon benda tu terjatuh je la.
Tapi kalau sengaja, saya nak cakap, tong sampah punya la besar kat luar tu. Dan benda tu boleh buat toilet tersumbat sebab plastik tak reput walaupun lepas 100 tahun. Kecualilah kalau anda membuang sampah berkenaan mengikut teknik tertentu (yang sangat susah dan mengambil masa). Saya yang tahu teknik pun tak kuasa nak mengaplikasikan teknik tu.
3-Kenapa mesti banyak sangat kisah suami-isteri orang buat perkara tak senonoh?
Ya Rabb. Mungkin sebab asalnya diorang fikir, hanya kerana mereka ini suami dan isteri orang, jadinya bila berurusan dengan suami dan isteri orang lain kira macam tak mungkinlah hati tu tak terjatuh pada siapa-siapa.
Islam dah ajar semua benda detail. Setiap rutin dari awal bangun tidur sampai nak tidur semula.
Cerita jahiliyah sebelumnya tu kan, sepatutnya rahsia. Bila dah terbongkar situ sini... rosaklah rumahtangga. Mungkin kena baca buku tarbiyatul awlad beberapa kali dan hadam betul-betul. ;)
Allah bagi guideline siap-siap. Hati tu Allah yang pegang. Dan syaitan tu... ada kat mana-mana aje. Syaitan tak pernah cuti kerja, ponteng kerja.
Manusia je yang selalu buat macam tu. Haila... :-<
Manusia je yang selalu buat macam tu. Haila... :-<
4-Kenapa mesti banyak sangat hantu dalam kotak hitam kat rumah?
Maksud saya... TV. Kenapa banyak sangat? Ya Allah... tak larat okey. Bukan penakut makhluk tu... tapi penakut 'efek' hantu-hantu tu. Walaupun hantu virtual... tapi boleh efek akidah kan? Dengan segala syirik... khurafat... tajuk pun tak tau dah nak cakap apa. Dahlah masyarakat kita ni jenis yang sangat 'thiqah' dan yakin dengan kebolehan bomoh-bomoh dan kebolehan jin dan makhluk tu. :-<
Alahai... baiklah pergi buat tadabbur Surah al-Jinn tu ganti cerita hantu tu. Satu hari satu ayat. Tak pun cerita balik kisah Nabi Sulaiman dengan jin-jin tu. Kan?
Saya rasa... kita memang perlukan orang yang faham 'agama' untuk terjun secara pukal dan membetulkan semula industri hiburan ni.
Kalau orang Yahudi, anak-anak yang dipanggil 'genius' ni diorang hantar ke bidang perfileman, sastera, penulisan untuk kuasai media massa dan menjajah minda masyarakat. Tapi... orang kita, yang top ten tu masuk medicine(ehem /:) ), engineer, accounting, science dan seterusnya. Sastera ni kira paling akhir sekali lebih kurang.
Hmm... mungkin lepas ni, kita perlu tukar 'trend' ni. Hantar anak-anak sendiri mengikut 'keperluan' masyarakat. ;)
5-Kenapa mesti banyak sangat hero cerita 'ustaz'?
Saya tak kisah kalau nak heronya ustaz. Tapi wataknya dalam cerita tu... boleh tak pihak penerbitan tolonglah study betul-betul karakter seorang ustaz tu? Janganlah disebabkan cerita-cerita yang ditayang dekat TV tu boleh menjatuhkan kredibiliti orang yang 'dipercayai' untuk bawa agama dan ajar agama ni pada masyarakat. Haila...
Okey. Dahlah tanya-tanya kenapa ni.
Setiap benda tu ada hikmah yang Allah nak tunjuk.
Jadinya, bila Allah dah pop-up soalan ni dalam kepala saya. Maksudnya... Allah nak suruh saya fikir kemudian, buatlah apa yang termampu. Tapi... setakat ni saya mampu untuk tulis balik dalam blog je. Action... insyaAllah menyusul kemudian sebab tak ada kemampuan lagi.
May Allah bless. :)
And pray for me. A lot of prayer. Okey. :D


0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)