Dunia Kaca
Kita tidak hidup dalam dunia kaca. Mujur, kerana hidup itu tidak statik dan kita sentiasa melakukan yang lebih baik dari sebelumnya. Menarik kerana apa yang terjadi itu barangkali lebih baik(atau buruk) daripada yang dijangka.
Atau mungkin bagi sesetengah manusia, malang. Malang kerana kita tidak dapat meneka apa yang bakal terjadi. Masa depan terus kabur dan apa yang bakal berlaku dalam detik seterusnya tidak diketahui.

Antara ana, aku, I, saya
Maka, saya memilih 'saya'. Maksudnya serupa. Namun minda dan pengalaman mengehadkan kata ganti nama pertama itu pada situasi dan kelompok yang tertentu. I untuk mereka yang sofistikated dan moderen barangkali. Aku terlalu kasar, atau terlalu peribadi. Ana terikat dalam ruang lingkup mereka yang berilmu pengetahuan agama lebih luas atau dalam kelompok 'dakwah tarbiyah'. Barangkali.
Dan... malangnya saya termasuk dalam golongan yang menyamaratakan semua kata ganti nama itu. Asalkan maksudnya serupa, itu bukan satu masalah besar.
Masa dan tujuan
Masa itu tidak pernah cukup bagi seseorang yang terlalu mendalami bidang yang diminati. Cuba tanya pada penggemar dan pelayar internet, mana yang lebih lama antara bersiar-siar di Facebook dan membaca dua helai buku pelajaran yang paling dibenci.
Dan masa itu terlalu perlahan bagi mereka yang punya agenda yang terhad. Contoh mudah, temuduga untuk jawatan penting pada pukul 8 pagi menyebabkan senggang masa antara 7.50 pagi hingga 8.00 dirasakan terlalu lama untuk melepaskan beban menanti.

Atau terlalu berlebihan bagi mereka yang tidak punya agenda. Cuba selidiki mengapa anak muda lebih suka berpeleseran di pusat membeli belah berbanding pergi ke sekolah, mendengar apa yang patut dipelajari.
Ah, analogi terlalu ekstrim.
Dan kalaulah Rasulullah itu sempat tidur nyenyak, barangkali Islam itu tidak akan sampai pada kita sekarang. Bermakna... masa itu secara logiknya seolah tidak cukup bagi seseorang yang hidup untuk Tuhannya.
Buku nota dan pen
Kerana semua perkara yang disebut di atas,saya berubah kepada cara yang klasik. Di saat manusia terkejar-kejar telefon bimbit yang canggih, punya pelbagai aplikasi yang menarik. Tak kurang juga yang mengejar segala jenis tablet yang punya kapasiti memori terbesar di saat ini untuk menyimpan pelbagai nota dan dokumen.

Buku nota dan pen. Itu saja yang saya perlukan untuk merekodkan apa yang saya lihat. Apa yang saya dengar. Apa yang saya fahami. Apa yang saya pelajari. Membazir sumber alam? Mungkin.
Tapi, apa guna alam ini kalau tidak dimanfaatkan untuk kegunaan manusia bukan? Ah! Sekali lagi ekstrim. Lagipun, kalau semua manusia mengejar teknologi, rasanya golongan feudal seperti saya ini hanya minoriti bukan?
Mungkin kerana buku nota dan pen itu juga menyebabkan saya jarang memegang barang teknologi kini. Mungkin kerana itu kamera saya tinggalkan kecuali terdesak. Mungkin kerana itu saya tinggalkan bermacam-macam medium penulisan berteknologi dan beralih kepada buku nota dan pen.
Catatan buku nota dan pen saya lebih daripada semuka surat sehari. Dan terdiri daripada bermacam-macam perkara. Segala yang berada di dalam dan luar dunia kaca, antara saya dan mereka di sekeliling, serta antara senggang masa. Semuanya berada dalam buku nota dan pen lantaran saya risaukan kapasiti memori otak saya ini menangkap perkara yang melibatkan emosi yang sementara sahaja.
Risaukan privasi? Barangkali kita perlu lebih risau tentang privasi di dunia maya. Ada pencuri buku notakah di zaman teknologi kini? Oh...mungkin ada, minoriti.
Linguistik
Dan perlukah kalian tahu bahawa, saya lebih senang berbicara dalam bahasa asing dalam tulisan kerana jika saya melakukan kesalahan dari apa sudut sekalipun, ianya kurang mengaibkan berbanding kesalahan dalam bahasa ibunda. Penakut barangkali dalam bahasa sopannya.
Bukan tidak menghargai bahasa ibunda. Mari berbicara di luar maya. Saya rasa, mungkin kalau terkeluar bahasa asing itu hanya apabila saya sudah hilang kosa kata untuk berbicara.
Bahasa ibunda itu lebih berseni. Dan bahasa ibunda kita lebih banyak diturunkan secara lisan, bukan tulisan. Jadi... saya tetap mempamerkan keindahan itu di saat berbicara. Bicara itu lebih indah, dan lebih menyentuh jiwa. :)
Lantas, kenapa jadi malu berbicara dalam bahasa ibunda? Bukankah kita lebih maklum bahawa bahasa itu punya dua fungsi. Satu, berkomunikasi. Satu lagi, yang lebih penting; menyampaikan maksud. Andai mereka yang mendengar tidak memahami maksudnya, perjelaskanlah. Lupakah kita barangkali, bangsa kita pernah gah satu ketika dahulu kerana mempertahankan bahasanya. Jahilkah juga kita barangkali, bangsa Yahudi yang kini gah kerana mempertahankan bahasa Ibraninya dalam segala aspek hidup.
Ah! Kita memang selalu lupa dan jahil.
Akhirnya
Saya kurang cenderung pada penulisan yang panjang. Apatah lagi kalau penulisan itu dalam bahasa ibunda. Kerana saya tahu... isinya sedikit, repekannya sahaja yang mengambil masa kalian. Tetapi, sekali-sekala (baca: selalunya) merepek dan ber-skema-an tak mengapa bukan?
Semoga masa kalian lebih diberkati selepas ini.
:) :) :)
Tidak akan wujud pendidikan tanpa buku ~Pepatah Arab

0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)