Bismillah.
ok. hari ni nak kena belajar cakap melayu. i mean tulis Melayu. erk. awal-awal lagi dah tak berjaya. :P whatever language it is. ini adalah self-reminder. i want to give myself a struck. so that i'll stand firmly again. not flying all over the air.
Ujian.
Thats my point.
Kalau kita tanya kat mana-mana manusia ni pun semua orang pun mengeluh bila masuk bab ujian. Tak bermaksud, orang yang senyum dalam ujian tu gila. No. (ujian kesenangan, orang senyum je kan)
Pertama sekali, patutnya kena cakap Alhamdulillah sangat-sangat-sangat. Sebab tiap kali Allah bagi ujian tu, Allah tak pernah tinggal kita sorang-sorang. Kalau Allah tak bagi peringatan secara direct pun, Allah tegur melalui bacaan al-Quran, Allah bagi kawan untuk tarik kita balik. Allah bagi masa dan peluang untuk kita taubat. Allah bagi kita dengar tazkirah hari-hari. In any way.
Kalau kita sibuk cakap pasal ujian-exam kat sekolah tu, semua orang pun tahu benda tu. Tapi, ramai tak sedar hidup kita sendiri ujian. Setiap detik yang Allah bagi kita tu ujian.
Do people think that they will be left alone because they say: "We believe," and will not be tested. [29:2]
Ada orang Allah uji harta dia. Ada orang Allah uji keluarga. Ada orang Allah uji masa. Ada orang Allah uji hati. Allah uji dengan point yang kita paling lemah sekali. But this doesn't mean Allah wants us to fail through the test. Sunnatullah. Allah bagi ujian tu, Allah dah tahu kita bakal lepas ke tak. Allah tahu ending dia apa. Kalau kita lepas atau tak, tak bagi kesan apa-apa pun pada kerajaan Allah tu sendiri.
And whosoever strives, he strives only for himself. Verily, Allâh is free of all wants from the 'Alamîn [29:6]
Allah uji sebab Allah nak tengok level kita tahap mana. Adakah kita makin lalai? Atau kita semakin kuat pergantungan dengan Allah. Allah nak uji nak tengok kita layak duduk di syurga mana. Firdausi al-a3la atau yang bawah-bawah tu je. Sepatutnya, diri rasa lebih risau kalau Allah tak uji. Allah uji sebab Allah sayang. Dan semakin tinggi iman tu, semakin berat ujian yang Allah bagi. Tak rasa ke Allah sayang sangat kat kita bila kita dapat ujian. Tak rasa ke rindu nak jumpa Allah sebab pada Allah je kita mengadu sepenuhnya.
Masa lapang tu Allah uji, buat benda yang bermanfaat ke buang masa. Hati tu Allah uji. Betul ke selama ni dalam hati tu iman pada Allah je penuh atau cinta pada dunia. Allah takkan bebankan hamba-Nya lebih dari kemampuan. Dan kalau mati sekalipun pada masa tengah diuji tu. Bersyukurlah. Sebab mati dalam keadaan mujahadah. Tak ke seronok bunyinya? Mati dalam berjuang mempertahankan iman.
Kalau ujian tu mendekatkan kita dengan Allah bersyukur sangat. Tapi kalau ujian tu menjauhkan kita dari Allah, itu perlu jaga-jaga. Allah dah tolong semua itu ini, kenapa nak sombong dengan Allah lagi? Allah suruh pergi pada Dia, bukan pada benda lain.
Verily, Allâh knows those who believe, and verily, He knows the hypocrites (i.e. Allâh will test the people with good and hard days to discriminate the good from the wicked) [29:11]
Berat. Tak ada seorang pun yang cakap ujian tu ringan. Ingatlah azab Allah tu lagi berat. Ujian ni untuk ringankan semua azab tu. Ujian ni supaya kita dapat pahala lebih. Ujian ni supaya kita boleh upgrade iman yang outdated tu.
Setakat ujian cincai-cincai yang Allah bagi kat kita tu, sepatutnya boleh sangat lepas. Tengok Nabi Nuh punya ujian apa? Dah sampai 950 tahun. Kalau kita, sabar ke kita sampai tahap tu? Tengok Nabi Ibrahim dah dibakar pun dalam api. Tapi, ujian Allah bagi ni, sikit sangat. Boleh je lagi hidup. Boleh lagi makan minum. Boleh bergerak bernafas. Ya Allah, kenapa lembik sangat ni S******* A****.
Allah tu tahu apa dalam hati tu. Allah tu tahu takat mana dah usaha yang dah keluarkan. Allah kira semua air mata tu. Allah kira semua rasa koyak rabak jiwa raga tu. Allah tahu takat mana dah broken kecai-kecai tak bersambung pakai gam UHU tu. Allah dah tengok banyak mana dah hormon thyroxin yang dah keluar. Allah tengok takat mana acetylcholine tu regenerate, habis, regenerate. Kenapa nak risau lagi. Allah tahu lebih dari diri sendiri tahu.
As for those who strive hard in Us (Our Cause), We will surely guide them to Our Paths [29:69]
Tengok. Kan Allah dah cakap tu. Siapa usaha untuk dekatkan diri pada Allah, Allah memang tolong. Tak ada bertapi berkecuali. Semua sekali. Yang penting usaha. Usaha. Kata nak Firdausi al-a3la sama dengan Rasulullah dan sahabat. Tapi, ujian sikit ini pun dah nak give up kenapa? Kan Allah tu Maha Penyayang. Allah nak bagi la ni. Allah tak tinggal kita sorang-sorang pun. Allah bagi semua orang untuk support mentally, physically, spritually. Jihad akbar itu jihad melawan hawa nafsu. Kata nak jadi mujahidah fi sabilillah kan? Allah bagi semua yang kita perlu untuk lalu ujian ni.
So strive hard!

4 les voix:
semoga sabar menempuhi ujian
layout ni takde kot. haha
takpe baru je post semalam ni. :D
ameen...
mohon sabar dan tsabat. :)
dont gimme that kind of smile saddy.
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)