Buat mereka yang disayangi.
Bila kesabaran dan iman diuji.
Pada Dia kita menggantung diri.
Bila ukhwah fillah dirasai.
Tiada yang lebih indah dalam hidup ini.
Saat hati bertaut kerana Yang Abadi.
Manis!
Bila perginya seorang mujahid.
Meninggalkan perjuangan yang belum tamat.
Diri bagai hilang anggota.
Perit!
Mukmin itu ibarat satu jasad.
Apabila satu anggota sakit.
Satu deria cuma yang tinggal.
Pahit!
Lidah mudah menutur sabar.
Amalnya tak semudah tutur.
Kuatkan tautan hati.
Teguhkan jati diri.
Islam perlukan pengibar panji.
Pesanan Ummu Ammar buat diri-Teruskan perjuangan Ammar. Kibarkan panji Islam kembali.
Ini bukan sajak. Ini luahan hati yang bercelaru.
Terima kasih abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang masih setia memberi sokongan buat kami.
Jazakumullah khairan jaza.
Ya Allah, ringankanlah sakit yang dideritai mujahid-mujahid kami, Eckem dan Aman.
Ya Allah, titipkan kesabaran buat mujahid-mujahid kami, Saif dan Otai.
Ya Allah, bahagiakanlah selayaknya mujahid kami yang bersama dengan-Mu itu, Ammar.
Ya Allah, saksikanlah,hati-hati ini bertaut untuk menegakkan agama-Mu di muka bumi.
Ya Allah, permudahkanlah, bantulah urusan kami.
Teruskan berdoa.

0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)