Premis 1: A berjalan kaki
Premis 2: B menaiki binatang tunggangan
Premis 3: C menaiki motosikal
Premis 4: D menaiki kereta
Premis 5: E menaiki kapal terbang
Premis 6: A, B, C, D dan E sampai ke negara Z
Alasan yang diberikan:
-A tak ada duit
-B takut binatang tunggangan mati kelaparan kalau ditinggalkan
-C takut naik kapal terbang
-D nak angkut seluruh keluarga
-E mengejar masa sebab dapat emergency call
Kesimpulan: A, B, C, D dan E menaiki kenderaan masing-masing dan selamat tiba ke destinasi mereka.
Pengajaran:
Destinasinya tetap sama. Cuma cara yang berbeza. A, B, C, D dan E memilih cara masing-masing berdasarkan sebab yang tersendiri. Tak perlu dipertikaikan cara mana yang salah atau betul.
......5 jenis dugaan yang tersebut di dalam hadith Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam itu ialah:
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
(Petikan daripada Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah-Fathi Yakan)
Aduhai du'at sekalian! Hentikanlah perpecahan dalam perkara-perkara kecil ini. Ghayah kita tetap Allah yang satu. Berlapang dadalah dengan pilihan yang berbeza.
Andai masih ada 'penyakit' di hati, bila nak tertegaknya al-Quran di hati? Bila nak tertegak Islam di muka bumi?
Jalan dakwah itu satu jalan yang panjang, penuh duri, penuh halangan.
Bila manusia terus-menerus menyalahkan kita, tetaplah wahai kaki, tetaplah wahai hati.
Sesungguhnya telah aku imani manhaj ini sepenuhnya.
Sesungguhnya telah aku serahkan seluruh jiwa ragaku untuk jalan ini.
Maka aku menggantung diriku terus kepada-Nya.
~Mad'u melihat dengan telinga, mendengar dengan mata. Maka sebarkanlah Islam itu sepertimana yang disebarkan oleh para sahabat Radhiyallahuanhum.~
Hey! Wake up people! Wake up Muslims!
The kuffar united to destroy us!
Wake up!!
p/s:Visit this link too.

2 les voix:
kenapa tak expose diri kamu?
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)