Soliloquy

~comprehending an existence~

December 17, 2008

Transparent


The transparent water~Pulau Perhentian
Mood~happy


1) Yesterday;


~Pakcik ambubah dah datang.yea!Dapur gas kitorang dah berasap balik tau.
~Visa dah siap dengan lancarnya.Makcik-makcik tu semuanya mood baik semalam.Alhamdulillah.
~Makan firakh masywi setelah sekian lama tak merasa.
~Tengah rajin buat
pop corn.Dapat buat satu tupperware penuh pop corn semalam.

~Dapat makan bubur jagung semalam,orang buat.Best!


Cerita pasal makanan je memanjang.Peringatan untuk diri,syukuri nikmat yang ada dan jangan melampau batas.Saudara-saudara kita di tempat lain selalu tak dapat apa yang kita dapat.


Jangan lupa infakkan sebahagian harta dan masa yang ada(besar atau kecil,terpulang pada pandangan 'mata iman' anda) untuk mereka.Doakan mereka tabah menghadapi dugaan daripada Allah,dan usahalah sehabis mungkin untuk membantu mereka.


Ucapan takziah,semoga dikuatkan iman serta kesabaran untuk Husna dan Nik Fareez di Mansoura atas kepulangan bayi mereka kepada Pencipta.Orang yang tak mengalaminya sendiri tak tahu macam mana nak meletakkan diri di tempat orang yang menerima ujian.Sekadar mampu memberi ucapan maaf dan simpati dari seorang saudara se-Islam.

2)Today ;

~Hari ni kelas habis awal.Biasanya,hari Rabu adalah hari yang ke-2 hectic lepas hari Ahad
.
~Most of the subjects already finished their syllabus for mid year exam.And the revision begin to walk.

~Terasa nak makan sandwich.Sardin pun dah beli.

~Lynn bagi lagu Natasha Bedingfield-Unwritten.Dia kata
inspiring.No comment sebab belum dengar lagi.


p/s: Tengah semangat nak study.Doakan mood rajin ni berkekalan.Exam lagi sebulan je.. =p

Semangat nak baca Andalus pun dah mula naik.Doakan ada sesuatu nanti.

Small quizzes already started(doctors call'em SHOCK EXAM.Sebenarnya ala-ala shock je.Tajuk dan tarikh exam semuanya dah diberitahu.Lawak tak?)

Bila dah senaraikan buku yang perlu dibaca untuk minggu ni,banyak rupanya:

1-Pharma(kuiz Isnin ni)
2-Microb(lecture yang direkod time tidur dalam kelas beberapa minggu lepas pun belum dengar lagi.Adus!)
3-Patho(Dr.Soheir dah bagi guideline untuk exam mid year.Kena mengorek cd lagi.Banyak gila!)
4-Parasit(kuiz microscopic slide Selasa ni).
5-Lipid 1st year.(Kene korek buku Dr.Rasheed balik ni).
6-Buku kelas arab(Kerja rumah bertimbun dan menimbun).
7-Buku Smart Circle yang tebal tu.
8-Nazarat fi Risalah Ta'lim.Usul ke-2.
9-Hadis ke-25 dan hafal hadis ke-24 sekali.
10-Tafsir Surah al-Qalam.
11-Andalus.
12-Purifying the soul.(Agenda wajib untuk diri sendiri)


Phew!tengok senarai pun dah terasa macam nak pengsan.

Tapi Imam asy-Syahid Hassan al-Banna pernah pesan ; kewajipan yang ada lebih banyak daripada waktu.Memang betul!

Pesanan untuk diri-biarlah diri ni sibuk buat kebaikan,sampai tak ada masa lapang untuk buat dosa.Dunia bukan istirehat!

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers