Soliloquy

~comprehending an existence~

September 14, 2008

Ceritera

Assalamualaikum..
Maaf lama tak berbicara...

Sebenarnya nak letak gambar-gambar masa sure khatan di setiu..tapi internetnya sangatla sopan santun..satu jam pun belum tentu boleh upload satu gambar...Maaf la yek..

Hari ni..di bulan Ramadhan yang mulia ni..nak bercerita mengenai 'cerita'.


1)Pada 12 dan 13 September(13 dan 14 Ramadhan)

Jemaah di taman perumahan ni diimamkan oleh seorang anak kelahiran Palestin,Ustaz Sayyid Anas al-Hafiz..Lulusan Hadis Universiti Madinah.


Ayahnya seorang bekas imam di Masjidil Haram.Seluruh keluarganya telah ditembak,dibunuh oleh Yahudi Laknatullah kerana mendapat maklumat bahawa ayahnya memberikan sumbangan kewangan kepada gerakan yang amat saya kagumi,HAMAS.


Beliau kini sebatang kara..ibu saudara beliau di Jordan telah menyuruh beliau ke Malaysia,menyebarkan dakwah dan menanam kesedaran di kalangan umat Islam di sini mengenai 'Palestin'. Beliau memberikan ceramah dalam 'bahasa melayu'..walaupun dalam kepelatan arabnya..Subhanallah..Kerdilnya diri dibandingkan apa yang dihadapinya..


2)Cerita di kaca tv

Disebabkan tv kat rumah ni 24jam..hampir 24jam jugakla tv tu terpasang..
Banyak betul cerita kat Astro..

Yang menarik minat kebanyakannya adalah cerita dari jiran seberang,Indonesia.. Tabik spring untuk Kang Abik(walaupun dia tak baca blog ni) dan tabik spring untuk industri filem di Indonesia..

Cerita dakwah 'berleluasa'...biarpun ia boleh dianggap sebagai eksploitasi karya islamik..namun 'sebanyak lebih dari sedikitnya' boleh memberi impak yang amat besar pada masyarakat..

I was thinking about this for film industry in Malaysia,but Indonesia seems too 'fast'.

Rasanya Indonesia,merdekanya lagi lambat daripada Malaysia.Kemajuan pun,rasanya kadar kemiskinan di Indonesia lebih tinggi daripada Malaysia.(Betulkan kalau tersalah)

Bayangkan,kalau semua pelakon yang 'on off' sebegitu tiba-tiba diberikan hidayah oleh Allah menerusi lakonan filem sebegitu?

Bayangkan kalau industri perfileman dibanjiri 'hanya' dengan drama sebegitu(tiada cerita atau movie yang lagha)..kemudiannya di 'touch-up' kan sedikit demi sedikit daripada Islam yang 'biasa-biasa' terus berada di landasan Islam yang 'sebenar',apa kesannya pada masyarakat?



Ditambah pula dengan band yang dahulunya boleh dianggap 'biasa' dan menampilkan album berkonsepkan lagu-lagu cinta manusia kini berubah kepada ALBUM RELIGI..bukannya kumpulan nasyid Inteam atau Hijjaz,bukan Rabbani..Band yang sejak awal kemunculannya mempunyai berjuta-juta peminat menambahkan koleksi peminatnya dengan konsep album terbaru..


Yahudi melalaikan umat Islam dengan HIBURAN..
Kita tarik kembali umat Islam ke landasan sebenar dengan HIBURAN juga..
Ubah sedikit demi sedikit HIBURAN yang selama ini hanya sekadar melengkapkan hidup sebagai HIBURAN menuju akhirat yang abadi,yang masyarakat tidak boleh hidup tanpanya...


Mereka yang pada luarnya 'biasa-biasa' boleh memberikan kesan dakwah yang berkesan dan meluas..kita yang sememangnya 'terasuh' dengan gelaran 'daie' di mana ya?

p/s:Andalus berehat panjang...Sejuta kemaafan dipohon..

4 les voix:

indonesia memang ade sumthing....perasan x dalam badminton..nama pemain taufik hidayat yang menang pingat emas olimpik athens 2000....kalau malaysia pulak lee chong wei dapat pingat perak tu pon lee chong wei bukanlah orang melayu islam kalo nak bangga pon ....berdasarkan pembacaan di youtube...taufik hidayat lebih banyak menewwaskan lin dan (ranking 1) ...hurm power gak indonesia nih.....
 
Indonesia mmg power..
tapi kita dimana..dari kesenangan kita lebih...
tapi betul manusia lebih lalai ketika senang..sbb tu kot kita kurng melonjakkan potensi yg ade..

shbt2 seberang mmg ade kekuatan yg luar biasa kerna mereka bijak mengunakan kesusahan mereka utk kesenangan abadi..

warga msia lak terbalik.. bersenang2utk kesusahan akhirat.. nauzubillah.. lekaslah kita bertaubat..wallahu3alam
 
x sume cite dakwah mereka bagus.. koz kdg2 tuh cerite nye meleret gler.. nak byk kan episod kot..
 
pemenang,
hmm...antara fakta yg betul

sinar,
moga jadi 'terbalik' ke asal semula.

muhafis,
yg meleret tu baca sinopsis je. :P
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers