Soliloquy

~comprehending an existence~

April 2, 2008

Derita Palestin


Mungkin segala perkara yang bakal dicoretkan ini telah pun diketahui oleh pembaca sekalian,namun penulis hanyalah ingin memperingatkan diri penulis dan pembaca sekalian.Sudah adatnya manusia itu lupa dan perlu diingatkan.Beruntunglah orang-orang yang saling ingat-memperingati dalam kebenaran dan kesabaran.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kekejaman Israel Laknatullah terhadap saudara seagama kita .Mereka menyekat bekalan minyak,makanan dan sumber bekalan eletrik serta air.Sehingga para doktor terpaksa memprotes kerana sumber bekalan elektrik yang makin berkurang mampu mengundang maut pada pesakit di hospital.Bahkan seluruh dunia memprotes tindakan kejam Israel itu!Namun apa hasilnya?
Bilangan saudara kita yang syahid semakin bertambah.Akhirnya,mereka mengambil satu tindakan yang drastik!Mengebom tembok setinggi 12meter itu untuk mendapatkan bekalan makanan.Ya!tembok itu sudah sekian lama ingin dipecahkan agar mereka bebas dari 'penjara terbesar' dunia.Akhirnya akibat sekatan yang melampau,pintu Salahuddin dibom dan mereka berpusu-pusu masuk ke Gaza bahagian Mesir untuk mencari bekalan.Sedang penulis sendiri berasa gerun apabila bertemu dengan tentera Israel yang kejam biarpun dari jarak 10meter sahaja,inikan pula saudara-saudara kita yang berhadapan dengan manusia kejam itu setiap hari.Dihiasi pula bunyi tembakan dan bom berselang seli pada setiap detik.Semua itu tidak mampu mematahkan semangat mereka untuk terus menjaga Tanah Suci itu dan mempertahankan ketuanan Islam agar terus kekal di situ.Percayalah!Sesungguhnya merekalah sebenarnya barisan hadapan yang kini melindungi kita daripada kekejaman Israel.Namun apakah yang kita lakukan untuk mereka?
Ayuh! Kita flash back kembali zaman kegemilangan yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu.Gemilangnya bukan khayalan tetapi gemilang itu adalah kenyataan.Gemilang yang mengiktiraf ketuanan Islam di 'Negara Rebutan Tiga Agama' itu.
"Benarlah dalam Injil telah menyebut,orang yang akan membuka Palestin semula berjalan membawa himar yang ditunggang oleh khadimnya dan memakai baju yang ada 12 tampalan "
Kebanyakan penduduk al-Quds ketika itu beragama Kristian.Namun mereka telah meminta pertolongan daripada Amirul Mukminin di Madinah agar membebaskan mereka dari kekejaman Rom.Amirul Mukminin telah memperkenankan hajat mereka,lalu para tentera fi Sabilillah dikerah di bawah pimpinan para panglima tentera yang hebat,Amru al-'As dan Sharhabeel ibn Hasannah.Mereka akhirnya berjaya membebaskan al-Quds dari cengkaman pemerintah zalim itu.Namun demikian penduduk al-Quds menyampaikan hasrat mereka ingin berbai'ah dan bersua muka dengan Amirul Mukminin sendiri di al-Quds.
Dia memahami hasrat rakyat Al Quds, maka dia berangkat ke sana dengan seorang pengiring dan seekor binatang tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor himar sebagai tunggangan, maka dia dan pembantunya membuat perjanjian untuk menunggang himar secara bergilir-gilir dengan pembantunya,dimulai dengan dia selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al Quds.
Apabila hampir tiba di ibu kota Al Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan dia berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan Amirul Mukminin.Pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.
Dia amat marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilir-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Lalu dia berkata
“Inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjalan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah unta ini”.
Setelah memasuki kota Al Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah, alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikan kejadian yang mengusik qalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri.
Ya!Dia seorang 'pemimpin berjiwa rakyat'.Biarpun dia tidak pernah melaungkan slogan itu,tetapi dia berjaya membuktikannya bukan sahaja pada penduduk al-Quds,malah pada seluruh dunia.Peribadinya telah terbukti beribu tahun sebelum kelahirannya lagi.Terbukti dalam kitab Injil.Lihatlah pada keperibadiannya yang hebat itu.Dialah Amirul Mukminin pertama.Dialah Umar al-Khattab!

Dia menunaikan solat sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang memberi kemenangan pada Islam dan mensucikan kembali Masjidil Aqsa setelah sekian lama berada di bawah naungan Kristian.Bilal mengalunkan azan buat pertama kali setelah kewafatan al-Habib Rasulullah sebagai tanda kesyukuran.Sebak menyelubungi pelusuk hati para sahabat yang mendengar suara merdu itu.Mengundang persoalan adakah Rasulullah kembali?Air mata yang bergenang tidak mampu dibendung lagi apabila mengimbau kembali setiap detik disamping kekasih Allah.Indahnya hidup bila berada di sampingnya.
Zaman bertukar arus,pemerintahan bertukar tampuk.Benarlah Kalamullah yang diutuskan.
"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka.."
Kekejaman Isabella dan Henry merampas nyawa setiap insan bergelar ‘Muslim’.Akhirnya al-Hambra tinggal kenangan.Karya milik kita dirampas dan ditukar hakcipta.Masjid Qurtuba hanyalah paparan kekejaman Kristian pada sejarah umat Islam.Perang Salib dilancarkan satu demi satu.Akhirnya Baitul Maqdis bertukar pemilik.Bertukar pemilik hingga lahirlah seorang Kurdi di Baghdad.
Dia lahir dalam keadaan ayahnya dan bapa saudaranya difitnah sebagai pengkhianat.Hingga dia hampir dibunuh oleh ayahnya sendiri dalam perjalanan mereka kerana dianggap sebagai anak pembawa malang.Namun takdir Allah lebih berkuasa.Anak itulah yang akhirnya menyelamatkan dunia Islam kembali.Anak yang bernama Salahuddin ibn Najmuddin Ayyubi.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang berjihad fi Sabilillah.Dia amar gemar membaca dan menuntut ilmu.Selain itu,dia dilengkapkan dengan ilmu peperangan oleh bapa saudaranya Asaduddin Syirkuh.Dia menghafal al-Quran sejak kecil lagi dan dia merupakan seorang yang berani.Berani hingga mampu mengecutkan hati 'Richard,The Lion Heart'.
Kota Fustat merekodkan kejayaannya dalam memerintah Mesir.Sistem saliran air yang teratur dan kubunya yang teguh membuktikan dia merupakan seorang yang amat 'berstrategi'.Jika dilihat,kubunya kita temui di Mesir,Syria dan Jordan.Dialah hero kita!Dialah yang Hero Perang Hittin dan menangkis segala ancaman tentera salib ke atas umat Islam pada ketika itu.
Setelah 88 tahun Baitul Maqdis berada di bawah kekuasaan Salibiah,akhirnya ia kembali pada pemilik sebenar.Pengepungan Al-Quds selama seminggu membuahkan hasil apabila penduduk al-Quds sendiri meminta perdamaian.Dia memberi tempoh selama 40 hari untuk mereka mengosongkan Baitul Maqdis dengan sedikit tebusan atau tidak perlu mambayar tebusan bagi yang tidak mampu.Terbukti dia bukanlah calang-calang pemimpin,masih berlaku adil dan pemurah walaupun dengan musuhnya sendiri.
Sepanjang hidupnya,dia hanya sibuk memikirkan jihad,hingga tidak mempunyai kesempatan untuk menunaikan haji di Baitullah.Akhirnya,dia berkesempatan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun kewafatannya.Kehebatannya banyak dipotretkan dalam movie atau cerita.Bahkan negara kita turut terlibat sama untuk mempotretkannya dalam bentuk animasi.Di sebalik rasa syukur,ada kesedihan membelenggu hati penulis mengenai animasi itu.Jika dilihat kembali,hampir keseluruhan tenaga kerja yang terlibat merupakan bukan Muslim.Di manakah kedudukan kita sebenarnya dalam mengkaji sejarah kita?
Wah!Sudah panjang benar nampaknya penulis bercerita.Bukanlah niat penulis untuk meleteri pembaca dengan perkara yang sudah kita semua ketahui ini.Sekadar mengimbas kembali secara ringkas sirah dua tokoh hebat yang pernah membebaskan Baitul Maqdis.Marilah kita kembali mengkaji ciri-ciri atau persamaan antara dua tokoh ini.Pasti selepas ini kita ketahui,bagaimanakah ciri-ciri pemimpin umat Islam yang bakal membebaskan kembali Baitul Maqdis.Tanamlah dan siramilah ciri-ciri itu agar itu menjadi sebati dengan diri kita yang masih banyak kekurangan ini.
Apakah fitnah yang lebih besar pada umat Islam hari ini selain daripada kehilangan Khilafah Islamiyah? Namun,bagaimana kita ingin mengembalikan Daulah Islamiyah kembali? Adakah sekadar duduk di rumah menonton cd sambil menguyah 'syibsi'?Atau bermain permainan komputer hingga larut malam? Atau adakah kita perlu melangkah ke Palestin segera untuk berjihad? Adakah kita perlu beralih arah daripada mengambil jurusan perubatan kepada jurusan ketenteraan ? Bersama kita fikirkan.
"Bangkitlah Salahuddin! Kami telah kembali!"
Hampir 60 tahun kita kehilangan al-Quds secara rasmi,namun hingga kini kita hanya mampu berdoa,berdoa dan berdoa di samping melengkapkan diri dengan ilmu agar Islam kembali tertegak dengan gah di muka bumi Allah ini.Allah sudah pasti tidak mengalami kerugian walau sedikit jika para kuffar mendiami tanah suci itu,tetapi kitalah yang kerugian lantaran Allah telah memberi peluang pada seluruh umat Islam tidak kira di zaman purba atau zaman moden untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.Apakah yang akan kita jawab di hadapan Hakim di padang Mahsyar nanti apabila di tanya 'Apakah sumbangan kamu untuk Palestin?'
Lihat kembali bagaimana kuffar laknatullah berjaya merampas kiblat pertama umat Islam itu.Mereka berkerja keras untuk mendapatkannya.Mereka melalaikan umat Islam terutama para 'syabab' agar tidak memikirkan mengenai jihad.Mereka menggunakan seluruh keupayaan mereka,maka tidak hairanlah jika mereka berjaya mengusainya.Namun demikian,Allah telah menambahkan syarat bagi umat Islam yang terpilih jika ingin menegakkan Islam di muka bumi ini iaitu bekerja keras dan 'bertaqwa'.Lihatlah kembali sejarah terdahulu.Islam mampu menguasai dunia apabila pemimpin atau khalifahnya beramal soleh.Penulis menyeru pada diri penulis dan pembaca sekalian agar kita berhenti melakukan dosa seupaya boleh.Jika merasa diri terlalu banyak dosa,kita bertaubat.Bimbang iqabnya ditimpakan pada saudara kita di Palestin sana.
Akhir kalam,sudah kita ketahui membebaskan Baitul Maqdis adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.Namun,ia hanya akan diperolehi dengan jihad dan penyatuan ummah di bawah satu panji.Janji Allah itu benar jika kita meraih janjinya dengan seluruh kudrat yang ada.Insan seperti Salahuddin akan kembali.Bila,siapa atau bagaimana? Wallahualam.Jika mahu melihat keadaan ummah masa sekarang lihatlah pada pemudanya,tetapi jika ingin melihat keadaan ummah pada masa akan datang lihatlah pada pemudinya.Pilihan di tangan kita,kita mencipta sejarah atau kita menjadi sejarah!
Wallahualam.
p/s:dimuatkan dalam risalah The Zikr edisi jumbo PERUBATAN..laptop tak siap repair lagi..tapi dah rindu nak menulis..credit to Syafaf for the title..

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers