Soliloquy

~comprehending an existence~

December 15, 2007

Gelaran untuk Al Habib SAW

1)‰‰Muhammad
Yang bermaksud terpuji
~Nama yang diberikan oleh datuk Rasulullah
~Abdul Mutalib ditanya mengapakah nama itu yang dipilih lalu beliau menjawab “Kerana aku ingin segala yang di langit dan di bumi memujinya”
~Walaupun orang-orang kafir mengutuk Rasulullah dengan mengatakan:
"Muhammad Kazzab
Sebenarnya mereka telah memujinya terlebih dahulu (Yang Terpuji itu pendusta)

2) Ahmad
Yang bermaksud ‘yang memuji’
~Nama yang diberikan oleh ibundanya.
~Ini adalah kerana Rasulullah lah yang paling banyak memuji Allah di dunia dan akhirat
3) Al-Mahi
Yang bermaksud memadam
Rasulullah adalah orang yang memadamkan kekufuran~
4) Al-Hasyir اﻠﺤﺎﺸﺭ
Yang bermaksud penyelamat
~Rasulullah adalah penyelamat umat sedunia sebagai rahmat sekalian alam
~Baginda yang akan membuka pintu syurga
~Baginda jugalah yang akan memberikan umatnya minum di padang Mahsyar nanti dari telaga Kauthar
5)Al-‘Aqibﭐﻟﻌاﻗﺏ
Yang bermaksud apa yang selepasnya bukan pembalas
~Yang dimaksudkan disini adalah Rasulullah adalah Khatimul Anbiya
~Dan baginda adalah Kekasih yang disayangi serta yang amat menyayangi umatnya..
~Sesungguhnya Umar pernah berjalan dengan Rasulullah.Beliau adalah seorang yang tegas peribadinya tetapi amat lembut hatinya.Tiba-tiba Rasulullah memegang tangannya.Lalu Umar berkata : “Ya Rasulullah,aku amat sayang padamu lebih dari segala-galanya kecuali diri aku sendiri”
Rasulullah bersabda mafhumnya: Tidak sempurna iman seorang kamu jika Allah dan RasulNya tidak dicintai lebih dari dirinya dan keluarganya sendiri.
Lalu Umar menjawab: Baiklah sekarang engkau lebih ku cintai lebih dari diriku sendiri
Sahabat lain bertanya kepada Umar bagaimana dia boleh mengubah jawapan dengan begitu pantas seolah dia menipu
Lalu Umar menjawab :Tiba-tiba aku terlintas kalau Rasulullah tiada pastilah diriku ini sesat dan seluruh umat dunia ini dalam kesesatan.Maka apakah untungnya diriku kepada orang lain.Pastilah Rasulullah itu lebih penting.
Rujukan:
Kitab ‘Ala Khuta al-Habib(Amru Khalid)
Jazakillah to K.mar Zamani
Sesungguhnya Ya Allah.aku rindu padanya…

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers