Soliloquy

~comprehending an existence~

November 8, 2007

Tafsir

Bil ma’thur
1)al-Quran ditafsirkan oleh al-Quran

(Surah al-Fatihah :7)
Jalan orang yang Kau berikan nikmat kepada mereka
Ditafsirkan oleh Surah an-Nisa’:69
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(Surah al-An’am:82)
Iaitu orang-orang yang beriman dan tidak memakaikan keimanan mereka denga kezaliman
Apakah maksud zalim di sini?
Zalim sini ditafsirkan sebagai syirik sepertimana dalam surah Luqman:
Wahai anakku janganlah kamu mensyirikkan Allah,sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.


2)al-Quran ditafsirkan oleh as-Sunnah
(Surah al-Fatihah:7)
Bukan orang-orang yang Kau murkai dan bukan orang yang sesat
Siapakah orang yang dimurkai dan orang yang sesat?
Daripada hadis mafhumnya:
Orang yang dimurkai ialah Yahudi
Orang yang sesat adalah Nasrani
Contoh Tafsir bil Ma’thur:
1) Tafsir Ibnu Jarir At-Tabari
2) Tafsir Ibnu Kathir
Birra’yi
Pada hakikatnya Tafsir birra’yi tidaklah ditafsirkan,namun hanyalah pendapat orang yang menulisnya kerana al-Quran bukanlah sesuatu yang boleh ditafsirkan sesuka hati.
Para penulis tafsir birra’yi tidak menganggap tulisan mereka sebagai tafsir.
Contoh tafsir birra'yi
Tafsir Fakhrurazi
Ulama menghukum tafsir ini mempunyai penerangan segala perkara seperti ensiklopedia namun bukan tafsir.
Tafsir Syeikh Sya’rawi
Khawatir Haul Al-Quran(Kekhuatiran mengenai al-Quran)
Tafsir Sayyid Qutb
Fi Zilal al-Quran(Di bawah perlindungan al-Quran)

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers