Soliloquy

~comprehending an existence~

November 29, 2007

Musa ibnu Nusayr

Ayahnya ialah seorang nasrani yang diislamkan oleh Khalid al-Walid pada peperangan ‘Ain Tamr.
Ketika berlaku fitnah antara Ali dan Muawiyah (r.a) dan beliau telah diarahkan untuk membunuh Saidina Ali bin Abi Talib namun beliau tidak melakukannya.
Beliau telah mengucapkan kata-kata yang menjadi pengajaran untuk semua.
“Tidak mungkin aku akan berterima kasih pada engkau dan mengkufurkan yang lebih layak untuk aku berterima kasih.”
Muawiyah bertanya : “Siapakah yang patut diutamakan untuk kau berterima kasih selain daripada aku?”
Jawab Nusayr:“Allah swt”
Maka muawiyah menundukkan kepalanya seraya berkata : “ Astaghfirullah, berikanlah keampunan kepadanya dan maafkannya serta redhailah dirinya”
Beliau telah menakluk Iraq dan Parsi.Subhanallah.Hasil daripada hasil didikan jihad Islam.Kehebatan ini kemudian diturunkan kepada anaknya, Musa .
~Dilahirkan di Syam.
~Wafat di Madinah al-Munawwarah
Musa ibnu Nusayr telah menakluk Afrika barat.
Hidupnya disumbangkan sepenuhnya dalam menyebarkan Islam dan jihad fi sabilillah.Beliau merupakan menteri pada zaman khilafah Bani Umayyah (Khalifah Abdul Aziz bin Marwan) dan juga gabenor yang bertugas di Mesir .Kemudian beliau menjadi gabenor di Afrika.Meneruskan dakwah Islam daripada Uqbah bin Nafi’.
Semasa beliau bertugas,beliau melihat ramai umat Islam di Afrika barat murtad ,iaitu selepas kewafatan Uqbah.Ini berpunca daripada 2 kelemahan :

1)Pembukaan (pemerintahan) yang dilakukan oleh Uqbah dilakukan dengan sangat singkat(beberapa bulan) menyebabkan penduduk di situ tidak dapat menanam keimanan yang kukuh terhadap Islam

2)Penduduk di situ tidak memahami Islam dengan sebenar-benarnya.
Beliau memerintah keseluruhan Afrika barat kecuali Bandar Sabtah yang terletak di hujung Maghribi.
Pembukaan Andalusia bukanlah merupakan cadangan baru daripada Musa ibnu Nusayr namun ia merupakan impian Saidina Uthman bin Affan r.a.Namun ketika itu umat Islam masih lagi tidak mampu untuk menakluki negara tersebut sehinggalah zaman pemerintahan Musa ibnu Nusayr yang bertapak di Afrika Barat.Penaklukan Andalusia juga merupakan titik tolak bagi pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Cadangan ini telah dikemukakan namun Musa ibnu Nusayr masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan mereka memandangkan laut yang memisahkan meraka dengan Andalusia sejauh 13 km dan mereka tiada pasukan tentera yang ramai. Selain itu , permukaan muka bumi Andalusia yang berbukit-bukau dan sungai yang beliku-liku amat menyukarkan pergerakan tentera mereka.Pemandangan di Gibraltar dapat dilihat dengan mata kasar daripada Sabtah.
Namun setelah diminta oleh Count Julian ,mereka merasakan bahawa harapan untuk membuka dan menakluk Andalusia kembali bercahaya.Musa ibnu Nusayr memulakan strateginya dengan menanamkan kefahaman Islam yang kukuh dalam masyarakat Barbarian.Menanamkan semangat jihad fi sabilillah.Memupuk semangat cintakan syahid fi sabilillah.Kemudiannya melatih mereka beperang,lalu wujudlah pasukan tentera Islam yang kukuh dan jitu yang terdiri daripada masyarakat Barbarian ini.Merekalah tentera yang menegakkan Islam di bumi Andalusia,merekalah pembuka sejarah Islam yang paling agung di dunia.
p/s:maaf lame xupdate blog...xsempat nak menaip..posting ni plak sbnrnye dh lame nk post..tp bile bukak blog je terlupa nak buat ape...bile dh tutup pc je baru teringat balik..astaghfirullah..just a brief about Musa not all..maaf..

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers