Soliloquy

~comprehending an existence~

October 20, 2007

Oh Dunia..penuh dengan tipu daya..

Just questioning myself actually

Kenapa masih berbicara mengenai cinta sedangkan Islam sudah menjelaskan segala perkara mengenainya?

Kenapa persoalan ‘couple’ yang sudah jelas hukumnya masih lagi hangat dibicarakan sedangkan ia hanyalah satu persoalan yang kecil berbanding membetulkan bacaan dalam solat?

Kenapa hanya mesti menghalang hak individu lain untuk memilih sedangkan Allah mengurniakan akal untuk manusia memilih?

Kenapa mesti mempengaruhi orang lain untuk memegang pendapat yang paling dhaif sedangkan individu itu selesa dengan pegangan yang paling kuat?

Kenapa ingin menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi banyak kekurangan yang nyata?

Kenapa mesti pentingkan fikrah sedangkan ukhwah itu berdasarkan aqidah?

Kenapa menyalahkan fikrah yang berbeza sedangkan sudah diketahui semua manusia itu berbeza?

Kenapa menyalahkan wujudnya banyak fikrah yang lain sedangkan ikhtilaf itu adalah rahmah selagi belum tertegaknya khilafah?

Kenapa masih gagal berlapang dada andai tidak menyukai fikrah lain sedangkan berlapang dada itu sudahpun merupakan serendah-rendah ukhwah?


Hargailah nikmat ukhwah persaudaraan sesama Islam kerana ia merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga.Janganlah golongkan diri anda sebagai golongan yang ‘kufur nikmat’

Oh dunia…


'Sebenarnya tak taulah perkara ni berlaku dalam masyarakat melayu je atau sememangnya seluruh umat Islam..aku malu ya Allah...'

Tetapkanlah hati kami ya Allah pada jalan yang telah kami pilih ini untuk terus memperjuangkan agamaMU..Kami memerluan bantuanMu untuk membantu agamaMu..

2 les voix:

Doakan akak kat sini gak agar istiqamah dengan jalan yang dipilih..
 
ntah lar saidatul...
manusia ni terlampau diberi bnyak kenikmatan smpai lalai n leka..x tahu bersyukur...dan lupa ALLAH itu segala-gala nye..

smg kita semua sentiasa dberi chya petunjuk oleh ALLAH...aamiinn
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers