Soliloquy

~comprehending an existence~

October 12, 2007

Basmalah Antara 2 surah

Terdapat 3 keadaan atau cara bacaan


a) Akhir surah pertama b)Basmalah c)Awal surah kedua


Cara bacaan pertama :

Menyambungkan a,b dan c

Cara bacaan kedua :

Memisahkan a,b dan c

Cara bacaan ketiga :

Memisahkan a dan b , tetapi menyambungkan b dan c

Cara bacaan keempat (DILARANG):

Menyambungkan a dan b , dan memisahkan b dan c

~SEBAB LARANGAN: Basmalah sepatutnya berada di awal surah bukan di akhir surah.Cara bacaan keempat seolah-olah menunjukkan basmalah adalah sebahagian daripada surah yang awal dan ia terletak di akhir surah.

S: Adakah basmalah wajib dibaca pada setiap awal surah?

J: Wajib apabila memulakan bacaan al-Quran dari awal surah bagi semua Qura’.

S: Adakah basmalah wajib dibaca apabila memulakan bacaan daripada tengah surah ?

J:Tidak wajib bagi pertengahan surah

~Adalah dilarang sama sekali menyambungkan Basmalah atau Isti’azah dengan pertengahan surah~

S:Adakah terdapat larangan untuk membaca basmalah?

J: ~Ya, apabila ingin membaca surah At-Taubah kerana ia menceritakan perihal orang-orang munafiq.

~Apabila ayat yang mula-mula dibaca(pertengahan surah) adalah mengenai azab atau perihal orang kafir .

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers