S: Apakah hukum isti’azah J: Ulama’ berpendapat bacaan isti’azah adalah dituntut bagi sesiapa yang ingin memulakan bacaan al-Quran
S: Adakah tuntutan itu wajib atau sunat?
J: Jumhur Ulama’ mengatakan bahawa tuntutan itu adalah sunat.
Namun terdapat sebahagian ulama’ yang mengatakan tuntutan itu adalah wajib,namun hukum itu wajib sekali seumur hidup.
S: Apakah dalil yang menuntut bacaan isti’azah?
J: Surah an-Nahl , ayat 98
"Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. "
S: Bagaimanakah cara bacaan isti’azah dan basmalah di awal surah?
J: Terdapat 4 wajah atau cara untuk membaca isti’azah
|
|
|
a-Isti'azah |
|
b-Basmalah |
| c-Awal Surah |
|
|
|
|
|
|
Cara bacaan pertama:
Menyambungkan a,b dan c
Cara bacaan kedua:
Memisahkan a,b dan c
Cara bacaan ketiga:
Menyambungkan a dan b , serta memisahkan b dan c
Cara bacaan keempat:
Memisahkan a dan b , tetapi menyambungkan b dan c
S: Bilakah bacaan isti’azah perlu dibaca secara kuat dan bilakah bacaan isti’azah perlu dibaca secara perlahan?
J:
Secara kuat:
~Ketika hendak memulakan bacaan al-Quran dalam majlis(tempat umum)
~Orang pertama yang akan membaca al-Quran secara berkumpulan
~Sebelum atau dalam solat
Secara senyap :
~Ketika ingin memulakan bacaan al-Quran secara berseorangan
~Orang yang seterusnya membaca al-Quran secara berkumpulan.
S:Adakah terdapat larangan untuk membaca isti’azah?
J:Ya.Apabila memulakan bacaan (pertengahan surah) yang menceritakan tentang keesaan Allah dan kisah-kisah RasulNya serta ayat yang menceritakan tentang syurga.
S:Adakah basmalah adalah ayat daripada setiap surah atau adalah sebahagian daripada ayat al-Quran atau tidak termasuk dengan al-Quran?
Terdapat 3 pendapat:
Basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah
Basmalah adalah sebahagian daripada ayat al-Quran.(Surah An-Naml ayat 30)
Basmalah adalah diturunkan secara tartil daripada Rasulullah.
0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)