Soliloquy

~comprehending an existence~

September 10, 2007

Ahlan Ya Ramadhan


Mudah untuk diungkapkan namun sejauh manakah sebenarnya persiapan yang dilakukan untuk menyambut kedatangan ‘tetamu’ yang amat dirindui.
Lampu-lampu Fanuz telah dijual menandakan Ramadhan yang penuh barakah semakin hampir
Iklan-iklan serta sepanduk sudah dipasang di sepanjang jalan raya mengalu-alukan kedatangan ‘tetamu’ yang dihormati.
Baju-baju raya telah ditempah dan mungkin sudah siap.Hanya menunggu masa untuk disarungkan pada 1 syawal.
Kain langsir serta perabot telah dipilih menanti untuk disusun atur pada malam 7 likur.
Bajet untuk perbelanjaan juadah berbuka puasa mungkin sudah disiapkan termasuk bajet untuk juadah hari raya.
Namun sudahkah kita menganalisa apakah persiapan yang ada dalam diri serta rohani untuk menyambut bulan yang penuh barakah,untuk memulakan madrasah Ramadhan???
Analisa siapa kita?
Setinggi manakah taqwa?
Sesempurna manakah iman?
Adakah diterima segala ibadah?
Bagaimanakah kekhusyu’kan ketika solat?
Sudahkah diperbetulkan bacaan Kitabullah?
Sudahkah dikhatamkan bacaan Al-Quran?
Berapa kalikah lafaz Istighfar dihayati?
Sudahkah dibayar hutang Ramadhan yang lalu?
Masjid manakah yang belum dikunjungi sepanjang Ramadhan lalu?
Bagaimanakah tarawih yang lalu?
Berapa kalikah malam Ramadhan dihidupkan?
Adakah Lailah al-Qadr tahun lalu dimanfaatkan semaksimum mungkin?
Benarkah diri telah bersiap sedia untuk menyambut tetamu’ yang hanya berkunjung sekali setahun sahaja? Dan Adakah ini kali terakhir kita akan menerima tetamu istimewa ini?????
Allahumma ballighna Ramadhan….ameen..

1 les voix:

selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers