sambungan..
6) Karisma dan personaliti yang menarik

Seorang panglima perang perlulah mempunyai karisma yang tersendiri serta bertubuh sasa.Mereka juga perlulah mementingkan penampilan agar kelihatan kemas sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai seorang pemimpin
Baginda Rasulullah amat mementingkan kekemasan dan kebersihan diri.Islam menunjukkan bahawa factor-faktor ini dapat menarik hati serta menyejukkan mata yang memandang.Baginda sentiasa berpakaian kemas serta amat menyukai wangian.Setiap kali Baginda berjalan, orang ramai pasti dapat mencium bauan yang wangi dan mengetahui bahawa itu adalah Baginda.
Disamping itu, seorang panglima perang perlu memiliki tubuh badan yang tegap dan sasa.Ini menunjukkan keberanian dan kekuatannya.
Nabi Samuel pernah perkata kepada Bani Israel :
"Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah:247)
Talut adalah salah seorang daripada kaum Bani Israel ,seorang remaja yang tinggi serta mempunyai paras rupa yang baik dan fizikal yang tegap layak untuk dijadikan pemimpin.
Aduhai Syabab!!!di manakah kita sekarang?di manakah syabab itu?di manakah ia bersembunyi?
7) Petah berbicara
Sifat petah berbicara amat penting bagi seorang panglima perang untuk menaikkan semangat para mujahidin.Setiap kali sebelum berperang ,panglima perang akan memberi ucapan peringatan kepada tentera di bawah pimpinannya.Bak gunung berapi meletuskan lavanya,begitu jugalah semangat jiha para mujahidin untuk menghadapi para musyrikin.
Sejarah membuktikan bahawa bilangan bukanlah penghalang kepada kemenangan, tetapi semangat yang berkobar-kobar untuk meraih nikmat syurga Allah itulah yang mencetus kejayaan.
Setiap panglima perang bertanggungjawab menaikkan semangat jihad tentera pimpinannya agar kejayaan tercapai.Mereka harus bijak memainkan emosi dan berbicara dengan penuh semangat bukan hanya memberi arahan semata-mata
8) Tangan yang kuat

Seorang panglima perang haruslah mempunyai tangan yang kuat serta kemahiran menggunakan segala kelengkapan perang
Jika pada zaman dahulu busur dan anak panah digunakan , pedang serta tombak memang memerlukan kekuatan tangan serta kemahiran menggunakannya.
Namun pada zaman ini , kekuatan tangan itu penting untuk memegang senapang, bom tangan serta mengendalikan pesawat.Benarlah kalam Rasulullah
‘Sesungguhnya kekuatan itu adalah pada memanah’
Memanah yang dimaksudkan bukanlah sekadar anak panah dan busur sahaja.Teknologi moden mendesak kita menggunakan peralatan yang lebih canggih dan moden.Sudah semestinya kekuatan tangan diperlukan untuk mengendalikan semua kelengkapan perang ini.
Allah berfiman:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). (Al-Anfal:60)
Kekuatan serta kemahiran amat penting untuk menggerunkan musuh serta mengalahkan mereka.Namun sehingga kini,kita masih lagi tercari-cari , siapakah umat Islam yang akan menghasilkan kelengkapan perang untuk umat Islam?adakah kita hanya akan terus membeli kelengkapan daripada musuh Islam yang mana wang itu jugalah yang digunakan untuk menghamburkan peluru-peluru kepada saudara kita?
9) Murah hati dan bersifat terbuka
Sikap murah hati akan menyebabkan seseorang disukai ramai dan dikasihi oleh Allah.Sifat keterbukaan dalam menerima pendapat ornag lain juga amat penting untuk seseorang ketua disayangi serta ditaati
Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemurah,baginda akan membantu golongan faqir miskin dan melayan meraka dengan baik.Secara fitrahnya,manusia akan menyukai sesiapa yang berbuat baik terhadap mereka.Panglima perang yang baik akan disukai oleh tentera pimpinannya serta mematuhi setiap arahan yang diberikan merupakan satu kewajipan dan penghormatan pada ketua.
Sifat terbuka dalam kepimpinan memang berkait rapat antara satu sama lain.Pemimpin yang hanya memntingkan diri dan tidak memikirkan orang di bawah pimpinannya akan dibenci oleh pengikutnya serta dilaknat oleh Allah.Justeru sifat ini amat penting dalam kepimpinan sebuah pasukan tentera.

10) Adil dan saksama
Pemimpin yang adil akan disanjung serta dihormati oleh rakyatnya.sifat semulajadi manusia menyukai perkara yang baik serta keadilan Setiap kezaliman pasti akan dibalas dengan penerimaan yang amat buruk.Firman Allah Taala:
Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.(Al-Maidah: 8)
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang mementingkan rakyatnya daripada dirinya serta takut akan siksaan Allah jika dia tidak berlaku adil.Sifat ini juga menarik orang ramai untuk menyukai serta melaksanakan arahannya tanpa berbelah bahagi.
Seandainya sifat-sifat ini dilatih dalam setiap tentera Muslim,impian untuk bergelar pemimpin dunia bukanlah sekadar omongan kosong.Kesemua sikap ini perlu diterapkan demi mencapai kegemilangan Islam kembali.Bayangkan jika semua pusat latihan tentera menerapkan nilai ini ke dalam tentera mereka…Alangkah indahnya..
Duhai permata,.bangkitlah dari tempat simpananmu,gilaplah dirimu dengan iman dan taqwa , pancarkanlah sinarmu agar kita tidak lagi ditindas.Bangkitlah…Ummah memerlukanmu..
Wallahualam.maaf andai ada yang menyinggung dan tersinggung.Andai salah silap,tegurlah selagi mampu.
Sumber rujukan :
1)Al-Quran
2)Qadat min Ashab an-Nabi
p/s:Ampun kalo ayat bm ni dh lari tatabahasa.Bahasa berterabur bile duk kt negara orang ni…

0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)