Soliloquy

~comprehending an existence~

August 19, 2007

The Hidden Diamond I

Syarat-syarat menjadi panglima perang

1)Iman yang teguh dan kukuh
Kepercayaan dan iman yang sepenuhnya tanpa berbelah bahagi amat penting bagi seorang panglima perang tentera Muslimin.Kepercayaan pada Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya.Melebihi kewarasan akal dan adat kebiasaan
Keimanan ini juga yang memberi semangat serta meneguhkan kaki untuk terus menentang para musyrikin ketika menghadapi kekalahan yang memalukan atau keimanan jugalah yang menambahkan kegembiraan ketika detik gemilang kejayaan melawan kuffar.Walhal,kekalahan tidak wujud sebenarnya dalam peperangan melawan kuffar.ANTARA SYAHID ATAU KEJAYAAN.Itulah misi mereka selagi nyawa masih di jasad.
Seandainya seorang panglima tentera yang lemah imannya,konsep tawakalnya pada Allah pasti lemah.Keimanan jugalah yang menjamin kejayaan sesebuah pasukan tentera FiSabilillah.Ketika saat-saat genting Perang Uhud , panglima peranglah yang menukarkan saat-saat itu kepada saat gemilang kerana Rasulullah tercinta hanya tercedera.Keimanan ini jugalah yang menolak musyrikin untuk kembali ke Makkah dan tidak meneruskan misi mereka untuk ke Madinah.
Keimanan ini jugalah yang memupuk kesabaran ketika umat Islam diboikot.Bersabda baginda Rasulullah kepada Khabbab ibn Arrat :
“ Wahai Khabbab,begitu mudah sekali kau ingin berputus asa atas kesusahan yang sedikit ini? Mereka yang terdahulu yang berpegang pada Kebenaran yang mengagungkan Yang Esa lebih menderita berbanding kita.Gergaji digunakan untuk memisahkan tubuh badan mereka, sikat besi digunakan untuk merobek daging mereka , namun mereka tetap teguh berpegang pada kebenaran.Seksaan yang berat dan zalim tidak dapat membolak-balikkan mereka walaupun sedikit. Ya Khabbab,bersabarlah,tidak lama lagi kau akan menyaksikan dirimu berada dalam keadaan aman dan tenteram sekali.Tanah Arab akan menjadi lembah yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan.Daripada San’a ke Hadr el-Mout,musafir dapat mengembara dalam aman,tidak takut langsung akan bahaya.”
Setiap masalah,kekalahan atau kesusahan dapat dihadapi dengan tenang kerana hati telah sepenuhnya berpegang pada Allah.Segala-galanya terletak di tangan Allah.Sepenuh tawakal dan redha hanya disandarkan pada Rabb Ar-Rahman.Seandainya kemenangan yang dijanjikan,maka berjuanglah! Janji Allah itu Haqq.Khalid al-Walid,dengan beraninya meminum sebotol racun di hadapan musuh.Secara logiknya pastilah beliau akan mati,namun racun itu tidak dapat membunuhnya kerana kepercayaan bahawa Allah sahaja yang menentukan dia hidup atau mati.Dan pihak musuh kecut perut!
Saad ibn Abi Waqqas , menunggang kudanya meredah air Sungai Dajlah yang sangat dalam dengan selamat kerana percaya bahawa Allah akan menolong hamba yang beriman sepenuhnya.Tindakan yang mengejutkan tentera musuh Parsi di belakangnya.
Panglima perang terkemuka,Khalid al-Walid,ketika menerima surat perletakan jawatan dari Amir al-Mukminin masih boleh berkata :
“Aku tidak berperang kerana Amir al-Mukminin .Aku berjihad untuk Allah dan Islam.Aku masih lagi boleh meneruskan tugas aku walaupun sebagai tentera biasa.Jadi,aku tidak menyesal menerima surat perletakan jawatan.”
Subhanallah!!!!Permata yang diidamkan masih gagal ku temui
2)Personaliti yang tegas
Setiap tentera atau panglima perang akan dilatih untuk memiliki personaliti yang tersendiri.Setiap mata yang memandang akan merasakan aura yang sangat kuat daripada personaliti mereka.Akan timbul perasaan hormat , sayang , takut atau kagum pada mereka yang diberi anugerah ini.Sifat ini adalah anugerah Allah kepada mereka yang benar-benar beriman kepadaNya sahaja.
Tiada siapapun yang mampu merenung mata Rasulullah kerana apabila mereka melihat baginda akan merasakan aura baginda yang sangat hebat.Mereka tidak mampu bergerak dan kaku seolah dipukau serta tidak mampu bercakap.Menyebabkan baginda sangat dihormati, dikagumi dan penuh kasih sayang.
Begitu juga bagi sesiapa yang memandang Umar ibn al-Khattab.Malah sesetengah sahabat mengadukan hal itu kepada Abd ar-Rahman al-Auf.Namun Umar tetap berdoa :
"Ya Allah,tambahkan ketegasan aku sehari-hari ,agar aku dapat menyebarkan kebenaran dengan lebih baik"
Panglima perang mestilah mempunyai watak yang tegas dan memberi semangat kepada tentera di bawah pimpinannya.Ketegasan inilah yang akan membawa kepada kepimpinan yan sempurna atau hampir sempurna.
Rasulullah juga pernah bersabda :
“ Aku telah dianugerahkan dengan ketegasan dan ketinggian(maruah).di mana musuh yang jarak perjalanannya sebulan denganku menggigil apabila mendengar namaku disebut”

3) Gagah dan Berani
Hanya mereka yang mempunyai sifat gagah,berani dan tidak takut mati sahaja dapat menjadi panglima perang.Kalau difikirkan pada ketika ini,berapa ramaikah Muslim yang sanggup mati? Di manakah permata ini? Panglima perang adalah mereka yang memimpin semua mujahidin FiSabilillah.Merekalah orang pertama yang akan menghadapi musuh dan memegang panji.Orang pertama yang mengarahkan tentera di bawah pimpinannya maju atau mundur.Orang yang mengatur kedudukan tenteranya.Orang yang mengetahui kekuatan tenteranya dan musuh secara terperinci.Orang pertama yang akan menaikkan semangat para tenteranya berhadapan dengan musuh.Orang pertama yang menjadi contoh simbol keberanian.Orang pertama yang akan menghadapi kemungkinan MATI DIBUNUH.
Namun biar apa jua yang akan berlaku,mereka tetap teguh berdiri dihadapan.Dipanah atau ditikam berulang kali tidak dapat menjejaskan semangat Jihad.Khalid al-Walid walaupun mengetahui bahawa kekuatan tentera Islam untuk berhadapan dengan Tentera Rom amat berbeza dan lemah sekali.Namun segala kegusaran itu disembunyikan dalam hatinya dan sepenuh tawakal diserahkan pada Rabb yang menentukan kejayaan atau kekalahan mereka.Tentera Rom sebolehnya ingin mengambil sepenuh kesempatan atas kelemahan ini.Namun dengan beraninya beliau memulakan serangan yang pertama dengan turun dari kudanya dan menghentak kaki kuda General Rom.Kaki kuda itu patah dan General Rom tersungkur di hadapan kaki Khalid serta terus dipancung kepalanya ketika itu jua.Langkah tenang Khalid al-Walid memberi kejutan besar untuk tentera Rom.

4) Tetap pendirian dan tepat dalam membuat keputusan
Sejarah menunjukkan bahawa sesebuah pasukan tentera akan terus teguh dan bersemangat selagi mana Panglimanya tetap pada pendiriannya dan tepat dalam meneliti sesuatu perkara.Namun jika sebaliknya,pasukan tentera akan menjadi lemah dan berpecah- belah.
Sebagai contoh ketika umat Islam hampir menghadapi kekalahan ketika Perang Hunnain,Rasulullah dengan teguhnya berdiri untuk memberi semangat pada mereka yang telah lemah dan gusar.Baginda bersabda:
“Sesungguhnya aku adalah rasul yang benar , bukan palsu ,dan aku berketurunan Bani Abdul Mutallib”
Firman Allah Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman,jika kamu membela agama Allah nescaya Allah akan membela kamu dan menetapkan pendirianmu” (Muhammad:7)

Inilah janji Allah bagi mereka yang membantu menegakkan kalimah LAILAHA ILLALLAH di muka bumi ini.Allah yang menentukan segala-segalanya dan Dia jugalah tempat meminta pertolongan.Allah akan melindungi siapa yang berjuang di jalanNya dan menetapkan kaki-kaki mereka
Apabila kita menghadapi saat-saat genting berhadapan dengan musuh.Ingatlah pada Allah dan letakkan sepenuh pengharapan padaNya.InsyaAllah,Allah itu Maha Pemurah dan Dialah penentu segala-galanya.InsyaAllah pertolongan Allah itu hampir pada mereka yang memintanya.


5) Keinginan yang tinggi dan mampu melaksanakannya
Pemimpin yang berjaya adalah mereka yang mempunyai cita-cita yang tinggi serta mampu melaksanakannya.Ramai di antara para sahabat (radhiyallah anhum) mempunyai keimanan yang teguh namun mereka lemah semangat untuk berhadapan dengan musuh
Rasulullah sentiasa memberi amaran kepada Abu Zar al-Ghifari supaya tidak menjadi pemimpin walaupun kepada dua orang kerana pasti terdapat kelemahan dalam arahan beliau.Ini adalah untuk mengelakkan beliau menanggung dosa tidak memikul tanggunggjawab yang sempurna.Setiap kali perkara ini berlaku,beliau terpaksa bertaubat dengan sebenar-benarnya.
Rasulullah telah memilih Usamah ibn Zaid yang ketika itu berusia 17 tahun untuk menjadi panglima perang kerana keberanian dan semangat yang tinggi pada diri beliau.Begitu jugalah yang ditunjukkan oleh 2 sahabat karib Rasulullah Abu Bakr as-Siddiq dan Umar ibn al-Khattab radhiyallah anhuma
Semangat jihad yang tinggi mendorong seseorang pemimpin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dari segi perancangan sehinggalah kepada perlaksanaan sesuatu idea.Seterusnya bertawakallah pada Allah,sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNya.
Mampukah kita mencari pemimpin seperti ini yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjihad menegakkan kalimah Allah dimuka bumi serta membebaskan umat Islam yang kian ditindas pada ketika ini?

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers