
Pembukaan sesebuah negara Islam sebenarnya bukanlah seperti yang didakwa oleh penulis-penulis sejarah Barat.Malahan jauh berbeza sama sekali.Mereka menyatakan bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang.Ingin diingatkan pembukaan negara baru bukanlah bertujuan untuk mencari kemegahan atau kekayaan semata-mata.Bukanlah untuk merampas sumber ekonomi sesebuah negara demi kepentingan individu.
Islam datang untuk membawa rahmat sekalian alam dan bukanlah sebagai penguasa atau penakluk semata-mata.Tanpa mengira bangsa,pangkat dan juga rupa.Pada hakikatnya tentera musuh-musuh Islam sentiasa membawa kerosakan dan kemusnahan pada negara yang mereka jajahi dan bukannya Islam.
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (Al-Anbiya:108)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu (Al-Baqarah :120)

Kedatangan umat Islam ke sesebuah negara bukanlah terus dimulakan dengan peperangan.Namun ia dimulakan dengan mengajak pemimpin negara tersebut untuk menganuti Islam sebanyak 3 kali,menyembah Allah Yang Esa dan mengakui bahawa Baginda Rasulullah adalah pesuruhNya.Apabila ingkar mereka diberi pilihan untuk membayar jizyah dan berada di bawah naungan Islam.Sekiranya mereka tetap ingkar,barulah peperangan akan dilaksanakan.Selagi terdapat ruang perdamaian,selagi itulah pertumpahan darah harus dielakkan.Subhanallah.Indahnya Islam.
Panglima perang terkemuka,Khalid al-Walid sendiri pernah menghantar surat pada Raja Parsi untuk memeluk Islam
‘Anutilah Islam jika kamu ingin hidup dalam keadaan aman,atau bayarlah jizyah dan hidup aman damai di bawah perlindungan kami.Namun jika kamu enggan,bersedialah untuk menghadapi orang-orang yang amat mencintai mati lebih dari kamu mencintai arak’
Menunjukkan bahawa setiap pembukaan sesebuah negara Islam dimulakan dengan perdamaian.Satu persoalan,adakah masih wujud insan-insan sepertimana dalam surat Khalid al-Walid itu pada ketika ini?
Apabila disingkap kembali kejayaan para sahabat dan tabi’ tabieen , terbongkarlah rahsia keimanan mereka yang amat mengagumkan.Betapa zuhudnya mereka terhadap dunia yang fana ini.Mungkin juga mengejutkan apabila mengetahui mereka teramat muda ketika mencapai kejayaan tersebut.Hanyalah ‘budak hingusan’ pada pandangan mata zaman ini.Sukar diterima oleh logik akal kini.
Lihatlah siapa Usamah bin Zaid,Sultan Muhammad al-Fateh,Tariq bin Ziyad,Salahuddin al-Ayyubi.Berapakah usia mereka ketika mencapai kejayaan besar suatu ketika dahulu?Bagaimanakah tahap keilmuan mereka?Bagaimanakah keimanan mereka?Bagaimanakah akhlak mereka?

Sultan Muhammad al-Fateh
Teramatlah panjang jika ingin diceritakan riwayat hidup mereka satu persatu.Namun dapat disimpulkan bahawa.Mereka semua tidak pernah meninggalkan Qiyamullail.Tidak pernah meninggalkan puasa dan amalan sunat.Menguasai keseluruhan ilmu mengenai al-Quran dan Hadis walaupun mereka bukan dari kalangan bangsa Arab.Sanggup meninggalkan istana dan semua kesenangan dunia demi menegakkan panji ‘La Ilaha Illallah’.Merekalah yang menjadi panglima perang.Mereka jugalah yang mengimamkan solat jamaah.Mereka jugalah yang menjadi pemerintah.Mereka jugalah pencetus sejarah gemilang.

Salahuddin al-Ayyubi
Betapa kekuatan rohani amat penting dalam pembentukan dan pemerintahan sesebuah negara.Betapa pentingnya usia muda remaja ini digunakan untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah.Lihatlah di manakah tahap remaja-remaja Islam pada masa kini?Andai disingkap sejarah Sultan Muhammad al-Fateh.Masa kecilnya tidak pernah mempunyai masa untuk bermain bersama rakan-rakannya kerana sibuk menuntut ilmu.Pada usia yang muda kehilangan ayahandanya dan terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pemerintah sebuah negara.Apabila diselak tabir hidup Tariq bin Ziyad,betapa keimanan dan asuhan daripada ayahandanya berjaya membentuk anak yang menjadi pencetus sejarah ‘emas’ Islam.
Apabila dibuka lembaran-lembaran sejarah silam,terbuktilah bahawa kesemua tokoh-tokoh hebat yang dihasilkan oleh tarbiyah yang hebat.Bermula dari didikan ibunya,untuk melahirkan anak-anak yang hebat dari rahim mereka.Bermula daripada ayah yang hebat mempunyai semangat jihad yang tinggi untuk menuntut ilmu dan juga mencintai syahid di medan jihad.Oleh itulah, Islam amat mementingkan nasab dan keturunan demi kegemilangan umat.
Sepatutnya telah tertutup segala sejarah-sejarah palsu yang membutakan mata umat manusia dengan bukti-bukti kehebatan ajaran Islam.Namun ingatlah kebenaran tidak mungkin bertapak dengan mudah.Banyak dugaan dan halangan yang cuba merobohkannya.Andai pada zaman silam,tentera Salibiyyin menjadi musuh utama yang menyekat Islam bertapak dengan aman damai,kini dakyah dan tipu daya Yahudi laknatullah yang menyebabkan remaja Islam kehilangan identitinya.Andai dulu pertumpahan darah di medan jihad menjadi harganya,kini racun minda yang menjadi halangannya.
…Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus….(An-nisa:102)
Tiada tamadun yang lebih hebat daripada tamadun Islam yang membuktikan kehebatan perkembangan jasmani dan rohani.Bukanlah tamadun barat yang menyaksikan keruntuhan moral dan akhlak patut diagungkan oleh umat Islam kini.Kita mempunyai identiti tersendiri namun , alangkah ruginya .…

0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)