Soliloquy

~comprehending an existence~

July 16, 2007

At the threshold..

Apabila meneruskan pembacaan daripada karya penulis barat.Ramai yang mengatakan bahawa Islam mengasaskan serta menyebarkan keganasan.Tidak cukup dengan tuduhan itu sahaja,turut dinyatakan bahawa Islam memang tersebar dengan mata pedang.Kesemua jajahan takluk yang berada di bawah Islam semuanya diperolehi dengan peperangan.

Alangkah jahilnya mereka.Walaupun geram dan rasa tidak puas hati terhadap pernyataan mereka timbul juga rasa simpati pada mereka yang menyebarkan khabar yang sememangnya amat palsu sekali.Alangkah kasihan kepada mereka kerana menyebarkan sejarah yang memang jauh terpesong daripada sejarah sebenar.Berkemungkinan juga mereka sebenarnya memang buta sejarah ataupun hanya mencedok idea daripada penulis yang memang tidak pernah senang dengan agama yang syumul ini.Wallahualam.

Sememangnya benar apabila kita membaca sejarah-sejarah yang ditulis oleh mereka,langsung tidak terserlah kehebatan agama yang kita anuti ini.Seolah-olah Islam memang hanya mampu melahirkan generasi-generasi yang lemah setelah kewafatan baginda Rasulullah tercinta.Oleh itu,ingin dinasihatkan kepada penggemar sejarah atau mereka yang ingin mengkaji sejarah,carilah buku-buku yang ditulis oleh penulis Islam ataupun penulis Barat yang berfikiran terbuka terhadap Islam.Pasti akan timbul rasa kagum dan kesyukuran pada kekuasaan Allah dan kehebatan tarbiyah yang dibawa oleh KekasihNya.

Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang menginsafan bagi orang-orang-orang yang berfikir(Ali Imran:13)
Sememangnya meneruskan kajian mengenai sejarah Andalusia ini membawa diri menemui pintu-pintu ilmu yang tidak pernah diterokai sebelum ini.Dalam mengkaji kehebatan tamadun yang gemilang suatu ketika dulu menemukan diri dengan keindahan Islam itu sendiri.Menyedarkan diri ini hamba yang amat kerdil dan hina sekali.Benar bukan semua berminat untuk mengkaji sejarah.Namun entah mengapa hati ini telah digerakkan suatu ketika dahulu untuk mengkajinya.Mungkin ia dapat memanfaatkan diri ini dan juga insan yang membacanya.InsyaAllah.


Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(Al-Baqarah:231)

Pada hakikatnya,sejarah dikaji bukanlah sekadar membuang masa atau dongengan semata-mata.Ramai yang membenci sejarah kerana ia mengingatkan kita pada peristiwa-peristiwa pahit yang telah terjadi.Ramai yang membenci sejarah kerana ia adalah suatu yang membosankan.Sebenarnya perkara itu hanya terjadi apabila membaca sejarah yang disembunyikan kehebatannya.Diri ini pun pernah membenci dan sangat membenci sejarah pada suatu ketika dahulu.Apatah lagi ketika usia remaja pastilah fakta merupakan perkara yang amat membosankan.Terutamanya apabila terpaksa menghafal tarikh-tarikh yang tersangat banyak tanpa mengetahui apakah kepentingan tarikh itu sebenarnya.Kadangkala sejarah juga boleh dijadikan ‘bed time story’.


Namun mungkin masa dan persekitaran berjaya merubah keadaan.Melihatkan keruntuhan akhlak yang semakin teruk.Memikirkan tipu daya dan helah yahudi laknatullah.Meragukan hati,adakah Islam benar akan bangkit kembali.Mengapakah kita seolah-olah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.Dimanakah umat Islam sebenarnya.Terpanggil rasanya hati ini untuk menyingkap kembali tabir silam.Sukar dipercayai.Namun benar itu menjadi sejarah.

Terserlah kehebatan Islam apabila menyelusuri sirah junjungan Baginda saw yang tercinta.Tersentak rasanya hati ini bila mengembara ke pelusuk sirah para Sahabat yang mulia.Apatah lagi apabila menyelongkar keagungan para tabi’ tabi’een yang akhirnya menemukan jawapan bagi setiap persoalan yang bermain di minda.

Sejarah Islam yang dikaji langsung tidak dapat menimbulkan rasa bosan.Namun rasa ingin tahu sentiasa menguasai diri mendesak supaya meneruskan pembacaan dan usaha mengkaji.Subhanallah.Alangkah hebatnya mereka yang tercatat di lembaran sejarah. Malah meningkatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila merenung kembali.Tanpa mereka yang mengukir kegemilangan tamadun Islam,siapakah diri ini yang sebenarnya?apakah berjaya ku miliki hidayah Allah ini?adakah mampu ku gelarkan diri ini sebagai seorang muslim?Alhamdulillah…..

..Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri(Asy-Syura:23)

Mungkin kesuntukan masa apabila menceburkan diri dalam bidang perubatan ini merupakan satu halangan yang amat payah untuk direntasi.Medic n Sejarah??Minat yang berbeza.Banyak perbezaannya.Banyak juga persamaannya.InsyaAllah.Bi iznillah.Semuanya akan cuba dihadapi.Doakan keredhaan Allah dan kejayaan bersama.Mungkin hasil kajian ini dapat memberikan faedah dan ganjaran di dunia dan akhirat.InsyaAllah..ameen..

0 les voix:

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers