Soliloquy

~comprehending an existence~

June 10, 2007

CintaMu Impianku..

Bila hati disirami dengan zikrullah.Bila hati disinari hidayahNya.Indahnya nikmat itu.Ada insan berjaya dan telah serta sedang merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung.Subhanallah.Tiada yang lebih bermakna dan indah selain menjadi kekasih pada Allah Maha Agung.Tiada keluh kesah di jiwa mereka.Kerana apa yang diimpikan semua insan sudah berada di dalam hati.Tumbuh terpacak subur hijau mendamaikan kalbu.Seolah-olah dunia ini tidak bermakna lagi.Yang penting adalah ‘mati’.Walaupun ditakuti oleh insan yang mencintai dunia,namun itulah yang menjadi jalan pertemuan utama dengan kekasihnya.Indahnya luahan hati mereka…

Ya Allah
Andai benar Kau takdirkan diriku ini menjadi khalifah di bumi
Kau jagalah hatiku agar tidak tepesona dengan penipuan dunia
Kau lindungilah lidahku daripada memarakkan lagi api neraka
Kau cambahkanlah debunga iman yang telah terpasak kukuh di dada
Kau tuntunlah derap langkahku menuju mahligai bahagia

Ya Allah
Andai benar Kau ciptakan diri ini dengan penuh rahmah
Kau jangan tinggalkan aku yang lemah sendirian
Rebah tersungkur tanpa belas kasihan
Tatkala diri diuji teguh keimanan
Menghadapi gelagat tentangan insan
Yang tidak pernah merasai manisnya iman
Tika jiwa mengharap pergantungan
Demi meneruskan sisa-sisa perjuangan Ya Allah
Benar aku hamba yang kerdil hina
Namun impianku teramat tinggi
Hanya pada janjiMu ku titip keyakinan

Ya Allah
Menanti dan tak sabar menanti
Pertemuan agung yang diimpi-impi
Di syurga indah di taman firdausi
Hadapkanlah aku sebagai kekasih sejati
Bukan sebagai musuh yang dibenci

Ya Allah
Aku gerun ya Rabbi
Aku gentar ya Illahi
Betapa hina jahilnya aku disisi
Namun hati tak dapat menafikan lagi
Cinta tumbuh subur di pohonan qalbi
Rindu terus mekar berbunga di hati
Aku rindu padaMu Rabbi
Bilakah detik waktu akan menjadi saksi?



Hepi birthday to myself..
24 Jamadilawal1428h..dh 18 tahun dah..(ikut kalendar Islam)
Semoga bertambah iman dan taqwa seiring pertambahan usia
Semoga menjadi anak yang solehah,isteri solehah dan mukminah solehah..
Jadilah mawar idaman di taman firdausi..
May Allah blessed all of us..


2 les voix:

happy birthday dear..
may HIs blessing is always with you..insyaalah
 
ameen..
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers