Soliloquy

~comprehending an existence~

May 19, 2007

Segalanye bermula di sini....




Al-Andalus , bermaksud ‘yang menjadi hijau pada penghujung musim panas’ merujuk kepada jajahan takluk oleh Empayar Islam di selatan Sepanyol , iaitu Bandar-bandar seperti Almeria,Malaga,Cadiz,Huelva , Seville , Cordoba,Jaen dan Granada .Tamadun ini telah wujud pada kurun ke-8 hingga kurun ke-15. Pada tahun 711, bangsa arab telah menyeberangi Straight of Gilbratar( berasal daripada Gabal al-Tariq-Gunung Tariq) dan menawan hampir keseluruhan Semenanjung Iberian . Setelah penaklukan oleh bangsa arab,umat Islam memanggil Semenanjung Iberian sebagai Al-Andalus . Andalus juga sering dipanggil dengan Andalusia yang merangkumi Portugal , selatan Perancis dan Pulau Balearic . Dalam tempoh 3 tahun , pada tahun 714 , umat Islam telah menguasai hampir keseluruhan semenanjung tersebut . Umat Islam menuju ke arah Secille dan memerintah selama 130 tahun , sehinggalah empayar Khilafah dijatuhkan oleh puak Normans pada tahun 1091.Umat Islam juga menguasai sebahagian dari Perancis , namun kemudiannya ditewaskan oleh Charles Martel pada tahun 756 , yang mana kekal hingga hari ini menjadi lambang utama kemenangan kristian untuk menyekat kemaraan Islam . Umat Islam yang mengasaskan tamadun Islam di Andalusia digelar sebagai ‘Moors’(kegelapan), satu gelaran buruk pada orang yang berasal dari Morocco.Namun mereka tidak menggelarkan diri mereka sedemikian pula.



Tentera Islam di bawah pimpinan
Tariq bin Ziyad bersama bala tentera seramai 12000 kumpulan . King Roderic , pemerintah terakhir Visigoth , dilaporkan ‘diculik’ dan telah merogol Gabenor Ceuta, yang merupakan anak perempuan Count Julian yang dihantar untuk belajar. Julian bersumpah pada Roderic “Selepas ini patik akan kembali ke Sepanyol ,patik bersumpah akan membawa bersama orang yang suka berperang yang tidak pernah Tuanku lihat!” Julian,merupakan seorang penganut kristian telah merayu kepada Musa bin Nusayr , Gabenor Afrika Utara di bawah pemerintahan Bani Umayyah untuk membantunya menuntut bela atas kezaliman Roderic , dan seterusnya menyingkirkannya dari pemerintahan.Musa tidak melakukan serangan sepenuhnya sendiri tapi memerintahkan leftenannya untuk mengambil bahagian.Disebabkan oleh kelemahan pentadbiran Visigoth kerana konflik dalaman , tentera Islam dengan mudahnya dapat mengalahkan bala tentera Roderic seramai lebih kurang 90 000 tentera tanpa halangan.

Ingin diimbas kembali sejarah Islam,semasa zaman pemerintahan Islam ,apabila seorang muslimah diganggu,Khalifah Jaafar Al-Mansur telah mengarahkan perang,dan mengarahkan tenteranya membakar seluruh bandar sebagai tanda protes kerana kerajaan Rom tidak menghukum orang yang terlibat.

bersambung....
Subhanallah..indahnye Islam...mahalnye harga seorg muslimah..=)
org bkn Islam pun mintk tlong dgn kte sbb die tau mcm mne Islam menjaga wanitanya...

4 les voix:

salam ,

nice to have you in the blogsphere :)

such an informative blog, welldone !!

good luck..cuti mailah datang sini....
 
salam

insyaAllah..klo ad duit lbey bole la g jln jauh sket..huhuhu..
 
salam..hai

yea yea saffaa dah ade blog..hehe
mesti tgh sibuk examkan..
nice blog dear..KEEP ON BLOGGING..

miss u..MUAAHHH
 
ai dear!! huhuhu...miss u too..rupeny die yg menyebrkn blog org time xsiap lg nie ek..huhuhu
neway..gud luck
tke cre !
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers