Ibnu al-Baythar dilahirkan di Malaga pada akhir abad keenam dan meninggal dunia di Damsyik pada 646H/1248M. Nama lengkapnya ialah Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad ad-Din bin al-Baythar al-Malaki. Beliau terkenal sebagai doktor haiwan, ahli botani dan farmakologi serta sarjana ilmu tumbuh-tumbuhan. Al-Baythar menuntut ilmu di Seville, Sepanyol dan mengumpul pelbagai jenis tumbuhan di kota tersebut bersama beberapa gurunya seperti Abu al-Abbas an-Nabati, Abdullah bin Shaleh dan Abu al-Hajjaj.
Ketika berada di Mesir, beliau dilantik oleh al-Malik al-Kalim Ayyubi sebagai Ketua Ahli Meramu Ubat. Setelah meninggalkan Kaherah, beliau banyak melakukan ekspedisi ilmiah. Misalnya di Damsyik, al-Baythar bersama muridnya, Ibnu Abi Ashayhi'ah mengumpul pelbagai jenis tumbuhan sebagai bahan penelitian dan perubatan.
Antara karya penting al-Baythar ialah;
1. Al-Mughnifi al-Adwiya' al-Mufradat adalah sebuah buku mengenai contoh ramuan ubatan untuk setiap jenis penyakit yang pernah dipersembahkan kepada al-Malik ash-Shalih Najm ad-Din Ayyuh.
2. Al-Jami' li Murradat al-Adwiya' wa al-Aghdhiya (Kumpulan ubat-ubatan mudah) dicetak di Kaherah pada 1291H/1874M. Terjemahan dalam bahasa Perancis oleh L.Leclerc terdapat dalam Notices et Extraits (1877-1883) manakala terjemahan dalam bahasa Jerman dibukukan oleh J.Sontheimer (Stuttgart, 1840-1841M). Buku tersebut disusun berdasarkan hasil penyelidikan al-Baythar dan rujukan daripada Yunani purba dan pengetahuan tradisional Arab. Ia turut memuatkan sejumlah daftar secara abjad tidak kurang 1,400 contoh-contoh ubat dan 300 daripadanya adalah hasil penemuan beliau.
Semua bahan-bahan ramuan diperoleh di negara sepanjang Laut Tengah, Sepanyol dan Syria.Secara umum, ramuan-ramuan ubat tersebut berasal daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan mineral. Di dalam buku tersebut juga terdapat 150 penulis yang merupakan sumber pustaka daripada karyanya seperti Zakariyya ar-Razi, Ibn Sina, al-Idrisi, al-Ghafiki, Galen dan sebagainya. Dua orang sarjana Barat iaitu Meycrhof dan Sobhy menganggap buku ini adalah karya ciplak daripada Farmakope al-Ghafiki dan beberapa bahan tambahan daripada guru-gurunya. Bahkan ada juga kritikan yang menyatakan 1,000 contoh ramuan yang dijumpai sebenarnya telah dikenal pasti oleh penulis-penulis Yunani. Bagaimanapun, telah diakui bahawa al-Jami' li Murradat al-Adwiya' wa al-Aghdhiya mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam dan Barat.
3. Mizan at-Tabib
4. Risalah fi al-Aghdiya wa al-Adwiya
5. Makalah fi al-Limun
6. Sebuah buku yang memuatkan komentar terhadap Dioscorides. Kemudiannya buku ini menjadi manuskrip yang berisi daftar 550 jenis ubat-ubatan yang terdapat dalam buku pertama Dioscorides. Istilah-istilah teknik yang terdapat di dalamnya disertai dengan bahasa Latin dan Berber.
7. Al-Adwiyat al-Basyithah (Ramuan-ramuan sederhana) dicetak dalam bahasa Latin dengan tajuk Simplicia dan diterbitkan di Cremona pada 1758M.
Menurut George Sarton, al-Baythar telah menulis banyak karya dalam disiplin ilmu yang dikuasainya dan merupakan karya terbesar sejak zaman Dioscorides hingga pertengahan abad ke-16M.
wallahualam...
p/s:sbnrnye bkn tokoh2 barat yang menemui semua tanaman..tp diperknlkan oleh tokoh2 seagama dgn kte....
~kembalikan smgt al-hambra~
May 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 les voix:
Post a Comment
I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)