Soliloquy

~comprehending an existence~

May 1, 2008

End of Confusion

Selak sebentar kenangan silam..dalam tilawah usrah Surah al-Baqarah ayat 102.(lupe tarikh usrah pulak..)
Maksudnya:

Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman.Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir ,mereka mengajarkan sihir kepada manusia.dan apa yang diturunkan oleh malaikat Harut dan Marutdi negeri Babilonia.Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'Sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu,sebab itu janganlah kafir.'Maka mereka mempelajari daripada keduanya apa yang dapat memisahkan suami dari isterinya.Mereka tidak akan dapatmencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah.Mereka memepelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka.Dan sungguh,mereka sudah tahu,barangsiapa membeli(menggunakan sihir itu),nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.Dan sungguh,sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir,sekiranya mereka tahu.

Kalau pembaca semua perasan,ayat ni sangat panjang.Terjemahannya agak berbelit-belit serta mempunyai maksud yang berbeza dari sudut tafsiran yang berbeza.Setelah puas men'search' dala internet,langsung tiada jawapan yang memuaskan hati kami.Banyak sangat cerita-cerita Israiliyyat mengenai Harut dan Marut.Macam-macam riwayat.Jadi kami mengambil keputusan,untuk mengetahui sesuatu ilmu yang tidak kita ketahui,rujuklah pada orang alim mengenai ilmu itu.Rujukan kami adalah ustazah kesayangan kami,Syaikhah Iffat.


Antara Israiliyyat dalam kisah Harut dan Marut
.(bukan kesemuanya akan saya tulis sebab banyak dan panjang sangat)

Kisah pertama:
Pada suatu hari,malaikat telah berkata pada Allah.
'Lihatlah manusia di muka bumi ini.Banyak melakukan kerosakan dan kemungkaran padaMu ya Allah.'

Lalu Allah menjawab:

'Andai kamu berada di tempat mereka.Kamu juga akan berbuat demikian'

Lalu Allah memerintahkan dipilih dua malaikat.Kemudian dikurniakan kepada mereka nafsu sepertimana manusia biasa dan dihantar hidup ke bumi.Kedua malaikat itu adalah Harut dan Marut.Allah telah berpesan kepada mereka agar terus beribadat kepadaNya dan selesaikanlah segala permasalahan di kalangan manusia.Setelah mereka diutuskan ke bumi,mereka hidup seperti manusia biasa dan terus beribadat kepada Allah dengan tekun dan taat.Mereka menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi.

Pada suatu hari telah datang seorang perempuan yang amat cantik kepada mereka.Namun mereka menolaknya secara zahir walaupun pada batinnya mereka amat menyukai perempuan itu.Lalu mereka telah bergaduh dan berebut antara satu sama lain dengan menggunakan sihir.Mereka telah mengingkari segala perintah Allah hanya kerana perempuan itu.

Malaikat di langit yang memerhatikan mereka sejak awal segera beristighfar kepada Allah dan membenarkan segala kalam Allah.Malaikat Harut dan Marut kemudian di azab Allah.



Kisah kedua:

Lebih kurang juga dengan kisah di atas.Namun hanya berbeza sedikit.

Perempuan cantik itu telah menyuruh mereka memilih antara minum arak,berzina dan membunuh.Namun Harut dan Marut telah memilih untuk meminum arak.Dalam keadaan mabuk mereka telah berzina dengan perempuan itu.Kemudian untuk menyembunyikan kejahatan yang telah mereka lakukan,mereka telah membunuh perempuan itu.

Kisah ketiga:

Saidatina Aisyah telah bermusafir dengan seorang wanita sehingga tiba di negeri Babilon(Iraq) dan terdapat dua tiang.Lalu dia berkata kepada wanita itu 'Itulah tinggalan malaikat Harut dan Marut yang telah di azab antara langit dan bumi'


Kisah sebenar::::

(Asbab nuzul ayat:-Pada zaman kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w,para Yahudi telah menuduh Nabi Sulaiman mengajarkan sihir dan malaikat Jibril dan Mikaillah yang menurunkan sihir itu)

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman a.s,syaitan telah menebarkan fitnah bahawa Nabi Sulaiman telah mengajarkan sihir.Lalu Allah menurunkan malaikat Harut dan Marut untuk mengajarkan sihir kepada manusia agar mereka dapat membezakan antara mukjizat Nabi Sulaiman dan sihir.Ini adalah penting untuk mensucikan Nabi Sulaiman bahawa Allah mengurniakannya mukjizat dan bukannya sihir.

Sebelum kelahiran Rasulullah,para jin dan syaitan dapat mendengar khabaran dari langit.Mereka kemudian memberitahu khabaran itu serta menokok tambah khabaran itu dan diajarkan kepada manusia(tukang sihir dan para dukun).Mereka kemudian menyatakan bahawa semua perkara itu berasal dari ajaran Nabi Sulaiman.

Malaikat Harut dan Marut telah berpesan pada setiap manusia yang diajar.Mereka dan benda yang diajar(sihir) pada manusia adalah fitnah serta ujian buat diri manusia itu sendiri.Kerana tiada siapapun yang dapat memberi mudharat dan manfaat kepada seseorang itu kecuali dengan izin Allah semata-mata.Mereka sebenarnya adalah malaikat yang taat kepada Allah kerana mereka hanya menurut perintah dari yang Maha Esa untuk mengejarkan sihir kepada Bani Adam.Justeru,manusia dapat membezakan kemukjizatan Nabi Sulaiman dan sihir yang mampu mencerai-beraikan manusia. Sihir = Syirik. Jadi janganlah terpengaruh dengan sebarang ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana azabNya di akhirat teramatlah pedih.



Maaf andai ada kekhilafan dalam penaipan ini.Memandangkan diri ini hamba yang hina lagi dhaif dan ketidak pakaran dalam bahasa arab sepertimana bangsa Arab sendiri.Jika ada yang terasa kesilapan fakta sila betulkan kembali.
Rujukan:

Syaikhah Iffat
Israiliyyat wal Maudhu'at (Muhammad ibn Muhammad Abu Syuhbah)
Tafsir Ustazah guna(lupa nama)
Tafsir Syamil-tq cik bulat
Tafsir Ibnu Kathir

2 les voix:

jelas sudah..ari tu pun dlm sc tertanya..kian jelas ngan explaination nti..alfu syukrn
 
syukru Lillahi Taala..
ilmu perlu dikongsi..
nanti lpe plak..
ustazah dk suh beli buku tu..tgh pk..ble nak pegi beli ni..
 

Post a Comment

I've done my part. It's your turn now.
Thanks. I really appreciate it. :)

Daisypath Happy Birthday tickers